RM80.00
Permisalan dalam Al-Quran
Price RM80.00
Product SKU 9789674910341
Brand IIUM PRESS
Size (L x W x H) 31 cm x 22 cm x 3 cm
Availability 39
Shipping Fee
Quantity
Description
Highlight

Pengarang : Rahmat Hidayat Lubis & Gamal Abdul Nasir Zakaria

ISBN : 9789674910341

Penerbit: IIUM Press

Tahun : 2020

Halaman : 294 

Salah satu kehebatan Al-Quran adalah keindahan bahasanya yang diungkapkan melalui ayat-ayat permisalan. Kata Mathal tidak hanya bererti  permisalan, bahkan memiliki banyak erti, antaranya keadaan, persamaan, pengajaran, sifat, contoh teladan dan tandingan.  Keindahan makna serta corak penyampaian ayat-ayat tersebut akan memberi kesan yang mendalam kepada minda dan jiwa pendengar dan pembaca. Al-Quran menyeru manusia untuk merenung dan memikirkan ayat-ayat permisalan sebagai peringatan bagi mereka: Dan Demi sesungguhnya Kami telah membuat dalam Al-Quran ini berbagai-bagai-bagai perumpamaan bagi manusia supaya mereka dapat mengambil peringatan ( Al-Zumar, 27).

Ayat-ayat permisalan dalam Al-Quran menjadi salah satu korpus kajian dan pembahasan para pakar ilmu balaghah, yang membincangkan tentang keindahan makna, cara menyampaikan serta kesan yang ditinggalkannya. Terdapat beberapa keistimewaan ayat-ayat permisalan, antara lain: Pertama, permisalan dalam Al-Quran tidak meniru atau mengambil daripada sumber-sumber terdahulu. Kedua, permisalan dalam Al-Quran mengandungi keistimewaan gaya bahasa yang tidak dimiliki dalam korpus bahasa selain Al-Quran. Ketiga, betapa tingginya nilai sastera pada ayat-ayat permisalan. Jadi  jelas bagi kita bahawa permisalan yang disebutkan oleh Allah membuktikan kehebatan Allah meletakkan sesuatu selaras dengan tempatnya, yakni memberi misal sesuatu dengan sesuatu yang bersesuaian. Selain itu, permisalan turut menzahirkan hakikat sesuatu yang tidak terlihat agar terlihat.

Buku Permisalan dalam Al-Quran mengandungi tentang konsep dan teori ilmu permisalan; kaedah baharu untuk mengenal pasti ayat-ayat permisalan dalam Al-Quran; pemilihan ayat-ayat Al-Quran mengikut kaedah tersebut; pembahasan ayat-ayat permisalan mengenai hakikat iman dan kufur; serta pembahasan ayat-ayat permisalan mengenai orang mukmin dan kafir.

Pengarang : Rahmat Hidayat Lubis & Gamal Abdul Nasir Zakaria

ISBN : 9789674910341

Penerbit: IIUM Press

Tahun : 2020

Halaman : 294