Price | RM180.00 |
Product SKU | 9789674910600 |
Brand | IIUM PRESS |
Size (L x W x H) | 31 cm x 22 cm x 3 cm |
Availability | 50 |
Shipping Fee | |
Quantity |
|
Title: Pengajian Berterusan Bidang Penterjemahan dan Kejurubahasan
ISBN: 9789674910600
Editor: John Kearns
Translator: Noor Ida Ramli
Year: 2020
Pages: 301
Buku ini merupakan kompilasi penulisan para ilmuwan dalam bidang pengajian penterjemahan, merangkumi kedua-dua kumpulan penulis iaitu ilmu yang tersohor dan penyelidik yang sedang meningkat naik. Kepelbagaian yang menyeluruh berkenaan kaedah-kaedah penyelidikan yang inovatif telah ditampilkan dengan baik, malah perbezaan serta keunikan telah diserasikan dengan keterangkuman yang terjalin dalam ruang lingkup pengajian terjemahan, menjadikan himpunan makalah ini sesuatu yang mesti dimiliki oleh mereka yang ingin meneroka ruang penyelidikan pada masa ini dalam pendidikan penterjemah.-Don Kiraly, University of Mainz, Germany.
Penyelidikan sebagai sebuah bidang dalam pendidikan penterjemahan dan interpretasi semakin mendapat tumpuan dan perhatian sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sejajar dengan berkembangnya profesionalisme sektor pengantara bahasa yang semakin menekankan perlunya pekerja mempunyai repertoer bahasa yang lebih luas. Trend ini jelas terbukti dalam buku yang menghimpunkan makalah berkenaan isu dan aspek pedagogi dalam pelbagai ranah penterjemahan dan interpretasi ini. Para penyumbang makalah juga merupakan warga global yang membincangkan isu pengajaran, penilaian, profesionalisme dan kompetensi dalam latar situasi pendidikan dan linguistik yang pelbagai.
Himpunan ini diterbitkan secara bersama dengan International Association of Translation and Intercultural Studies (IATIS). Continuum Studies in Translation (tajuk asal buku ini) bertujuan untuk menampilkan siri buku yang menjurus pada isu teras dan penting dalam penterjemahan dan interpretasi.